Penyelidikan Robert Goddard

Kajian ulung

Robert melancarkan roket janaan bahan api cecair petrol dan oksigen cecair pada 16 Mac 1926 di Auburn, Massachusetts bersama beberapa rakan sekerjanya. Roket ini - yang diberi nama "Nell" - berlepas selam 2.5 saat mencapai ketinggian sebanyak 41 kaki sebelum mendarat jauh 184 kaki dalam sebuah ladang kobis yang berdekatan;[12] ujikaji ini mmembuktikan kebolehan bahan api cecair dan pengoksida sebagai pemacu roket lebih besar agar ia mudah berangkat dengan tingginya.

Paten

Pada tahun 1912, sewaktu beliau menjalankan pengajiannya di Princeton University, Goddard menyelidik kesan gelombang radio pada bahan penebat;[13] beliau menciptakan suatu tiub hampagas yang berfungsi seakan tiub sinar katod untuk menjanakna suatu kuasa hasil kuasa frekuensi radio.Penemuan ini merupakan bukti pertam yang menjelaskan peranan suatu tiub hampagas sebagai suatu penguat isyarat.[14]:55[15][16]Paten no. 1159209 dikeluarkan Pejabat Paten Amerika Syarikat berkaitan penemuan ini pada 2 November 1915.

Goddard mempunyai paten berkaitan bidangnya sebanyak 214 buah; 131 daripadanya disahkan selepas kematiannya.[17]

Rujukan

WikiPedia: Robert Goddard http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www2.clarku.edu/research/archives/goddard/f... http://www.nasm.si.edu/exhibitions/gal100/goddard.... http://www.wpi.edu/academics/library/collections/r... http://genesismission.jpl.nasa.gov/people/biograph... http://www.nasa.gov/centers/goddard/about/history/... http://planetarynames.wr.usgs.gov/Feature/2199